Friday, October 8, 2010

hari raya aidilfitri 2010



raya tahun ni kami amik cuti panjang.. seminggu sebelom raya + seminggu selepas raya.. tu pon kami beraya secara sederhana ajer sbb nayli kena chicken pox lak.. lagi 4 hari nak raya masa tu.. soo kami xpat lah berjalan raya sakan cuma rumah sedara mara yg paling dekat jer.. 3 buah rumah jer... yg lain kitorg habiskan dirumah.. lagipon ari hujan..

raya tahun ni gak paling banyak kontroversi.. sakitlah.. family apis pindah umah lah.. macam-macam.. anyway memang best sbb raya kampung.. huhu.. meriah ngan makanan tapi kami tak dpt snap picture banyak2.. tu jerlah yg ader utk buat kenang kenangan.. (^_^)

Thursday, July 29, 2010

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HMFD)

Penyakit HFMD adalah penyakit berjangkit yang mudah berjangkit melalui sentuhan terus daripada kes. Ia boleh menjangkiti semua golongan umur tetapi majoritinya adalah pada kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Tempoh inkubasi jangkitan adalah antara 3 hingga 5 hari dengan disusuli tanda-tanda utama seperti demam, sakit tekak, ruam merah dengan blister pada tapak tangan, kaki dan mulut. Kanak-kanak yang dijangkiti juga boleh mengalami tanda-tanda muntah, cirit birit serta kurang selera makan. Kanak-kanak yang sedang dijangkiti HFMD boleh menjadi punca jangkitan sehinggalah ruamnya kering.

Berikut adalah amalan yang baik yang boleh mengelakkan jangkitan dan penularan HFMD. Para Ibubapa dan pengurus pusat jagaan kanak-kanak adalah diminta untuk mengambil perhatian dan kerjasama atas perkara ini:-

a) Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Sentiasa amal tabiat baik mencuci tangan dengan sabun sebelum makan terutamanya selepas dari ke tandas.

b) Kanak-kanak yang ada tanda-tanda jangkitan HFMD hendaklah dibawa segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.

c) Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD hendaklah dielakkan daripada dibawa ke tempat awam atau pusat jagaan kanak-kanak sehinggalah ia sembuh.

d) Para pengusaha pusat jagaan kanak-kanak adalah diminta untuk memastikan kanak-kanak yang ada tanda-tanda jangkitan HFMD di bawa segera untuk rawatan ke klinik atau hospital berdekatan serta melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

e) Kanak-kanak yang sedang dijangkiti HFMD hendaklah dielakkan daripada menghadiri pusat jagaan kanak-kanak sehinggalah kanak-kanak tersebut sembuh.

Keadaan di seluruh negara untuk jangkitan HFMD adalah terkawal dan kita yakin dengan kerjasama para ibu bapa dan juga pengusaha pusat jagaan kanak-kanak di seluruh melalui pengamalan langkah-langkah yang disarankan pada perkara 4 di atas, penularan HFMD boleh dielakkan.

Saturday, June 5, 2010

Nayli masuk ward




Pic ni diambil time nayli kena duduk ward... X mcm org sakit pon... Semua org pelik naper kami kena duduk ward..

Tp syukur alhamdulillah sbb nayli bukannyer kena tarik(sakit sawan/kancing gigi) tp cuma susah nak control nafas.. Mcm org yg tercekik n terjerut leher... Yg peliknya sampai biru bibir... Badan dia pon keras macam robot yg tersentak 2,3 kali sbb habis baterry.. Mmg buat kami panik...

Per per pon byk yg Aku belajar ms kat spital... Muka ibu2 n bapak2 yg terpancar kesedihan dan kerisauan menjaga Anak yg sakit sambil berdoa agar Anak cepat sembuh supaya dpt menjalankan kehidupan seperti biasa.. Ader juga muka penyesalan dan takut kehilangan org yg tersayang..

Mungkin kesibukan Aku di tempat kerja mejadikan Aku lupa tanggungjawab terhadap anak2... Tp ini semua kehendak allah... Kami Redha atas aper yg dah berlaku... Bukan niat nak jd cenni.. Semuanyer dah tertulis... Kalau boleh biarla Aku yg pergi dulu... Asalkan bukan org yg Aku sayang... X sanggup rasanyer nak menangis dan meratapi kehilangan... Itula kehidupan... Dunia ni sementara ajer... Aper yg Aku lalui tempo hari mcm Aku mati hidup semula... Syukur krn Allah terima doa kami...

Sunday, May 23, 2010

LonTong...

hari ni... Aku masak lontong.. Sbb arituh masa makan lontong kat laksa shack tu kami x cukup.. Hahahah.. Tu pon seb si Apis amik lontong kalau dia mkn nasik briani x der langsung dlm fikiran nak masak ni..

Tp takder sambal la.. so aku gantikan ngan kuah kacang... Dah macam raya dah... Puasa pon x lama lagi..

Ayaak puasa ganti pon x abis lagi... Yg penting raya taun ni kat tempat Aku... HoooRay... Leh tolong Mak masak.. Sbb bebudak ni dah besar... ;p


Berbalik kpd criter lontong td... Hopefully she like it.. hehe.. lenny.. mak buyong kita... Dia on the way balik.. Tp "mat delivary" aku ni tido la plak... Huhu... Yer la ujaan, mmg sedap a tido time cenni... Jimat duet... Esok Apis gaji.. Leh la plan kuar ngan Bakish ngan nayli.. Syian diorg dok umah jer weekend ni... alah... lgpon hujan, so xper.., kalau tak nnt demam lak..

nampaknyer rinih kami x dpt nak control makan aaa... kuah lemak tu... huuuu.... lemak! lemak! pergi ko dari sini... hahhahah.. yummie nyer pasal 3 kali round pon tak per... =)

Wednesday, February 10, 2010

friends






rasa seronok sangat sangat hari ni sbb dpt spent time ngan kawan kawan ofice yg sporting habis... walaupun kami dah kekeringan idea nak action... memang sempoi giler... asalnyer nak amik gambar utk dimasukkan dlm website, tapi biaserlah kami kami ni memang pantang nampak camera.. mula lah masing masing nak tunjuk bakat terpendam akhirnyer kucar kacir studio tu dibuatnyer... huhu... tapi oyen jer takder... ermmm lain kali kita amik gambar sesama ek oyen...

Monday, February 8, 2010

Sunday, February 7, 2010

the reason...


Both of you mean the world to us. We cant bear to see ourselve without you two. Having the taught of living without you two, is something unnatural to us. A promise we have made, to love each other always. Together forever is what we want...

Sunday, January 24, 2010

masih ada sinar harapan


setahun yg dulu... aku selalu jer menangis... hari hari... tiap tiap malam dan setiap bangun pagi... sekarang... alhamdulillah... berkat kesabaranku, Allah SWT masih memberi ruang pada kami sekeluarga untuk meneruskan hidup bersama sama... syukur sekali lagi...

aku percaya yang setiap dugaan pasti akan menyusul kebahagiaan... dan semakin aku membenci dier semakin aku teringatkan dier... cuma aku tak tahu aper yg bakal aku lalui akan datang... aku dah tak sanggup lagi melalui perkara yg sama...

dengan harapan yg tinggi, setiap hari aku berdoa sekiranya dialah pasanganku didunia dan akhirat, kembalikanlah rasa cinta dan sayang itu semula kepadaku tetapi sekiranya aku akan hidup sengsara di masa akan datang, Kau (Allah) pisahkanlah kami...

tapi bila aku pandang pada kedua dua anak anakku... rasa lebih sakit kalau mereka berdua tak berbapa dan tak beribu... disitu lah aku terpaksa akur yg aku tak boleh pentingkan diri sendiri... kami saling perlukan antara satu sama lain... ya Allah kembalikan perasaan sayang ku terhadap suamiku... malahan Kau berikanlah aku perasaan sayang lebih dari yg pernah kami lalui demi anak anak kami.. insyaallah...amin..

Saturday, January 23, 2010

rindu kat ko...

dah lamer tak update blog... huhu... malu plak rasanyer... ner taknyer, penyakit lama dah datang balik... naseb kali ni aku simpan password siap siap... kalau tak malas nak create yg baru lagi..

tetiba jer rasa rindu kat twin aku... biasa aaa bila boring baru tringat kat dier... nak tepon susah... (kredit abih) nak guna ym pon susah.. kat sana dier internet cam hampeh... harap harap lepas dier beli yg baru ni dapat aa aku keep in touch ngan dier setiap jam... huhu...

dah la dier ngandung 7 bulan... tengah wat aper la gaknyer... miss u... cepat cepat lah pasang internet yg bagus ek...